
PENGASAS

"Cerita bermula dengan perjalanan kehidupan pengasas kami"


“Saya telah melihat orang kekurang upaya secara fizikal melakukan perkara-perkara yang mengagumkan, justeru itu saya berfikir tidak ada salahnya mencuba. Saya telah dilanggar oleh lori -Saya fikir tiada apa-apa yang lebih teruk boleh berlaku kepada saya. "
Pengasas Syarikat Otto Prostetik Centre mempunyai kemalangan yang dahsyat beberapa tahun yang lalu. Dia dilanggar oleh trak sebanyak dua kali dan dibiarkan terbaring di atas jalan raya selama lebih kurang enam jam di tempat kejadiaan kira-kira satu jam perjalanan dari bandar Bangkok.
Apa yang lebih menyeksaan daripada enam jam penyeksaan adalah trauma – pembedahan yang memakan masa 15 jam, rawatan dan pemulihan di hospital-hospital di Thailand dan Singapura. Kecederaannya amat mengerikan. Dia mengalami keretakan di pelvis kanan, di kaki kiri serta tulang belakang.
Doktor beranggapan bahawa dia tidak mempunyai peluang untuk berjalan semula. Namun, dia tidak pernah berputus asa. Beliau telah melalui perjalanan pemulihan yang panjang dan sukar.
Beliau ingin berkongsi kisahnya dengan orang lain untuk menggalakkan, membantu dan memberi inspirasi kepada mereka yang kekurangan upaya secara fizikal. Dengan ini, dia cuba untuk memberitahu mereka, "anda tidak bersendirian" dalam perjalanan ini.