Soalan Lazim
-
SETELAH PROSTESIS SIAP, BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MEMBIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN SEPERTI SEBELUM PEMBEDAHAN?
Ia bergantung kepada keadaan diri anda sebagai contoh tahap amputasi, kesihatan secara menyeluruh serta seberapa pantas anda dapat membiasakan dengan prostesis. Kebiasanya ia mengambil masa dalam tempoh beberapa bulan. Tahap keberkesanan fungsi prostesis bergantung kepada matlamat anda, soket yang baik dan selesa serta penjajaran yang tepat, penjagaan susulan dan terakhir sekali ialah kesungguhan anda. Bagi tahun pertama pemakaian prostesis mungkin sukar kerana anggota tersisa boleh berubah mengikut saiz dan bentuk. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk menyelaraskan otot supaya prostesis dapat berfungsi dengan baik. Badan anda perlu mempelajari semula aktiviti, cara berjalan, keseimbangan dan koordinasi kerana ia telah berhenti berfungsi seadanya selama beberapa bulan selepas amputasi. Jangan berputus asa kerana anda akan menjadi lebih baik dengan masa dan usaha. Sokongan yang kuat dari orang-orang di sekeliling anda juga penting dalam membantu anda dalam perjuangan ini. Turuti apa yang telah diberitahu oleh pakar prostesis anda dan jangan memikirkan jalan penyelesaian yang pendek. Tidak lama lagi, anda boleh kembali kepada apa yang pernah anda lakukan sebelum pembedahan.
2. APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA PROSESES TIDAK SESUAI?
Ia berbahaya jika prostesis anda tidak sesuai kerana apabila anda berjalan menggunakannya boleh menyebabkan anda terjatuh. Anda dikehendaki berjumpa prostetik anda beberapa kali pada permulaannya untuk mendapatkan prostesis dalam penjajaran yang terbaik dan penjajaran yang sesuai kerana bentuk sisa anggota badan anda boleh berubah. Bercakap jujur kepada prostetik anda jika anda merasa sakit atau tidak selesa dalam apa jua keadaan. Soket yang dipasang dengan baik tidak akan menyakitkan. Berbincang dengan pakar prostetik anda tentang perkara-perkara yang anda mahu lakukan sepanjang hayat bersama prostetik anda dan tanyakan soalan apabila anda mempunyai keraguan.
3. BERAPA LAMA SESEBUAH PROSTESIS BOLEH BERTAHAN?
​
Ia bergantung kepada tahap aktiviti anda, pertumbuhan, umur serta penjagaan terhadap prostesis anda. Biasanya, prostesis boleh bertahan selama beberapa bulan hingga beberapa tahun. Perubahan soket di peringkat awal adalah masalah yang paling biasa yang akan berlaku apabila anggota tersisa anda boleh berubah bentuk dan saiz dan menyebabkan soket tidak dah disesuaikan. Tahap aktiviti yang meningkat juga berkemungkinan memerlukan anda untuk menukar prostesis atau bahagian / komponennya yang lebih sesuai. Prostesis adalah seperti kereta, ia memerlukan penyelenggaraan sekurang-kurangnya sekali setahun sehingga anda selesa dengannya. Kebiasaannya prostesis harus bertahan selama tiga tahun.
​
​
4. TAHAP KESUKARAN UNTUK MEMPELAJARI PENGGUNAAN PROSTESIS?
​
Ia bukanlah tugas yang mudah untuk anda mengembalikan keupayaan anggota badan anda sebelum menjalani pembedahan. Ia memerlukan masa, usaha, komitmen, kekuatan, kesabaran dan yang paling penting ialah keazaman. Sokongan dari orang-orang di sekeliling anda juga sangat penting supaya anda dapat membiasakan diri dengan prostesis anda. Latihan akan diberikan oleh prostetik atau ahli terapi fizikal dan ahli terapi pekerjaan pada peringkat awal untuk mengajar anda cara berjalan dengan betul pada rentak yang berbeza. Prostetik juga akan mengajar cara menjaga prostesis dan cara memasang dan melepaskan prostesis anda. Terapi pekerjaan / fizikal boleh membimbing anda melakukan aktiviti dalaman dan luaran harian; meningkatkan cara anda untuk berjalan dengan lebih baik; mengendalikan kecemasan dengan selamat; dan mencuba perkara-perkara baru seperti aktiviti sukan atau rekreasi.
​
​
5. APAKAH YANG BOLEH SAYA PERSIAPKAN UNTUK MENGGUNAKAN PROSTESIS?
​
Mental – melakukan sesuatu perkara melalui perasaan dan emosi yang anda alami. Bercerita dengan amputasi yang lain terutamanya mereka yang hampir dengan usia anda supaya boleh membantu anda melalui proses ini. Tentukan matlamat atau kehidupan anda selepas amputasi. Harus diingati bahawa penerimaan setiap orang selepas amputasi adalah berbeza-beza.
​
Secara fizikal - Berhati-hati dengan luka anda dan lakukan balutan mengikut kaedah dan bentuk yang sesuai untuk mendapatkan bentuk anggota badan tersisa yang sesuai dengan prostesis. Melakukan senaman untuk mengekalkan kekuatan otot dan melakukan pelbagai pergerakan agar dapat bergerak / mengendalikan prostesis. Keseimbangan ketika berdiri juga dilatih agak dapat menyesuaikan diri dengan baik selepas pemasangan prostesis.
​
​
6. APABILA PROSTESIS SESUAI DAN SAYA MERASAKAN KESELESAANNYA, APA AKAN TERJADI SETERUSNYA?
​
Lawatan susulan ke prostetik anda sekurang-kurangnya dua kali setahun. Sentiasa memeriksa anggota badan tersisa anda dan jika terdapat sebarang perubahan atau perubahan ketara pada berat badan, sila berjumpa prostetik anda secepat mungkin untuk membuat sebarang pelarasan. Harus diingati, pelarasan kecil juga mampu membuat perbezaan yang besar. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Soket yang sesuai dan penjajaran yang baik akan memastikan prostesis anda berfungsi dengan lebih baik.
​
​
7. ADAKAH PROSTESIS BOLEH ROSAK?
​
Ya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengetahui tentang jaminan, kekuatan dan batas prostesis anda. Berjumpa dengan prostetik anda sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk penyelenggaraan bagi mengelakkan kemudaratan pada bahagian lain badan anda.
​