PROSTHESIS ATAS LUTUT
Kami menawarkan pelbagai jenis sendi lutut prostetik , bermula dengan kunci keselamatan lutut, lutut mekanikal, lutut hidraulik, lutut pneumatik sendi lutut microprocessor yang paling maju.
Kami akan memahami keperluan dan matlamat anda supaya dapat mengesyorkan pilihan terbaik untuk anda.
Soket - Sambungan antara kaki sisa pengguna dan kaki prostesis. Soket memindahkan berat pengguna dengan selesa melalui kaki prostetik ke tanah. Ia adalah komponen / bahagian paling penting dari kaki palsu.
Valve - Menghasilkan ruang yang vacuum dan kedap udara untuk memastika kaki palsu gantung dengan selamat dan tidak tercabut semasa berjalan.
Sendi Lutut - Meniru fungsi lutut manusia untuk membenarkan pergerakan kaki prostetik. Terdapat banyak jenis sistem lutut untuk dipilih. Pakar prostetik akan memilih lutut yang sesuai mengikut umur, kesihatan, tahap aktiviti, status kewangan dan gaya hidup pengguna.
Tube - Pasang soket ke kaki prostetik (peranti terminal). Ini boleh diselaraskan mengikut ketinggian pengguna.
Kaki Prostetik - Tapak kaki yang disambungkan kepada tube. Terdapat pelbanagi jenis tapak kaki yang akan dicadangkan mengikut kesuaian dan budget pengguna.